Friday 7 October 2011

Latar Belakang

Negeri Sabah di Bawah Bayu dan negeri Sarawak Bumi Kenyalang adalah dua buah negeri yang terletak di kawasan Kepulauan Borneo. [1]Nama asal Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini dijadikan sebagai makanan oleh masyarakat Bajau dan ianya dijadikan makanan rutin masyarakat pada waktu itu. Nama Sabah disebut kerana masyarakat di sekitar pantai barat Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan. Asal usul nama ini juga dikenali sebagai Seludang yang bermaksud Sabah dalam bahasa masyarakat Jawa.
          Manakala nama Sarawak pula tidak dapat ditentukan secara saintifik dan mutlak. [2]Namun ada beberapa sumber yang mengatakan asal nama Sarawak adalah dari Sungai Sarawak. Selain itu, Sarawak juga dipercayai diambil dari nama sejenis biji galian batu bijih iaitu “Serawak” yang mengandungi belerang dan antimoni. Sabah dan Sarawak juga adalah negeri-negeri yang termasuk dalam negara Malaysia. Sabah dan Sarawak telah masuk dalam Persekutuan Tanah Melayu sebelum pembentukan negara Malaysia. Selepas tahun 1963, keseluruhan Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo telah digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia pada hari ini. Kedua-dua buah negeri ini mempunyai komposisi masyarakat yang banyak berbeza dari segi kebudayaan mereka, agama, bangsa dan juga bahasa.  Pada abad ke-19, keadaan masyarakat di Sabah dan Sarawak amat berbeza iaitu keadaan masyarakat sebelum dan selepas kedatangan kuasa Barat.
          Oleh yang demikian, situasi ini telah mewujudkan keadaan masyarakat di kedua-dua negeri tersebut yang berbeza-beza dari segi kawasan petempatan mereka, keadaan politik mereka dan sistem ekonomi serta keadaan sosial masyarakat.
           


[1]Zakiah Hanun, Asal Usul Negeri di Malaysia, Singapura:Times Book, 1989, hlmn. 43.
[2]Ibid. 

No comments:

Post a Comment